Zakat pendapatan dikenali dengan istilah zakah rawatib al-muwazhaffin (zakat gaji pekerja) atau zakah kasb al-‘amal wa al-mihan al-hurrah (zakat hasil pekerjaan). [Yusuf Al-Qaradhawi, Fiqh az-Zakah, I/497; Wahbah az-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, II/865; Ali as-Salus, Mausu’ah al-Qadhaya al-Fiqhiyah al-Mu’ashirah, hal. 522; Al-Yazid Ar-Radhi, Zakah Rawatib Al-Muwazhaffin, hal. 17]
Zakat pendapatan menurut penggagasnya didefinisikan sebagai zakat yang dikenakan ke atas setiap pekerjaan atau bidang profesional tertentu, baik yang dilakukan secara persendirian ataupun secara bersama (syarikat/perkongsian), yang mendatangkan hasil pendapatan sehingga memenuhi syarat kadar nisab seperti profesion kedoktoran, juru runding, dekan, arkitek dan sebagainya. [Didin Hafidhuddin, Panduan Praktik Tentang Zakat, Infaq, Sedekah, hal. 103; Zakat dalam Perekonomian Moden, hal. 95]
Menurut al-Qardhawi, nisab bagi zakat pendapatan adalah apabila ia mencapai nilai 85 gram emas (bersamaan 20 dinar emas) dan kadar zakat yang wajib dikeluarkan daripadanya adalah berjumlah 2.5%. Zakat pendapatan dikeluarkan terus apabila gaji diterima atau setelah dihitung untuk tempoh waktu tertentu. Contoh kiraan, jika seseorang mendapat gaji sebanyak RM5000 sebulan, maka dia boleh sama ada mengeluarkan zakatnya pada kadar 2.5% setiap bulan, atau menunaikannya sekaligus untuk bayaran setahun berjumlah 12 x 2.5% x RM5000. [Didin Hafidhuddin, ibid, hal. 104]
Landasan fiqh (at-takyif al-fiqhi) zakat pendapatan ini menurut Al-Qardhawi adalah berdasarkan perbuatan (af'al) sahabat yang mengeluarkan zakat untuk al-maal al-mustafaad (harta perolehan). Al-maal al-mustafaad adalah setiap harta baru yang diperoleh oleh seseorang Muslim melalui salah satu cara pemilikan yang disyariatkan seperti pewarisan, hibah (hadiah), upah pekerjaan (gaji) dan yang seumpama dengannya. Al-Qardhawi mengambil pendapat sebahagian sahabat (seperti Ibnu Abbas dan Ibnu Mas’ud) dan sebahagian tabi’in (seperti Az-Zuhri, Hasan Basri dan Makhul) yang mengeluarkan zakat dari al-maal al-mustafaad ketika saat harta tersebut diterima, tanpa mensyaratkan haul (dimiliki atau disimpan selama satu tahun qamariyah). Bahkan al-Qardhawi melemahkan hadis yang mewajibkan haul bagi harta zakat, iaitu hadis daripada Ali bin Abi Thalib r.a., bahawa Nabi SAW bersabda, “Tidak ada zakat pada harta sehinggalah berlalu ke atasnya haul” [HR Abu Dawud][Yusuf Al-Qaradhawi, ibid., I/491-502; Wahbah az-Zuhaili, ibid., II/866]
Menurut pentarjihan kami, zakat pendapatan tidak mempunyai dalil yang kuat yang boleh membuatkan hukumnya menjadi wajib. Hujah kami :
Pertama, dalil utama yang digunakan tentang zakat pendapatan adalah ijtihad sahabat mengenai al-maal al-mustafaad yang tidak mensyaratkan haul. Padahal ijtihad sahabat (mazhab al-sahabi) bukanlah dalil syariah yang kuat (mu’tabar). [Taqiyuddin an-Nabhani, al-Syakhsiyah al-Islamiyah, III/418]
Kedua, pendapat yang lebih kuat (rajih) mengenai al-maal al-mustafaad adalah pendapat jumhur ulama iaitu harta tersebut tidak wajib untuk dikeluarkan zakatnya sehinggalah memenuhi syarat berlalunya haul (dimiliki atau disimpan selama 12 bulan qamariyah). Inilah pendapat sahabat Abu Bakar, Umar, Utsman, dan Ali radiallahuanhum. Ini juga adalah pendapat Imam mazhab yang empat. [Al-Yazid Ar-Radhi, Zakah Rawatib Al-Muwazhaffin, hal.19; Wahbah az-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, II/866]
Ketiga, penilaian Al-Qardhawi yang mengatakan bahawa hadis tentang haul merupakan hadis lemah (dhaif) adalah tidak tepat. Al-Qardhawi sebenarnya mengikut pendapat Imam Ibnu Hazm yang melemahkan hadis haul daripada jalur periwayatan Ali bin Abi Thalib r.a, kerana dikatakan terdapat perawi bernama Jarir bin Hazim yang dianggap sebagai lemah. [Al-Qaradhawi, Fiqh az-Zakah, I/494; Ibnu Hazm, Al-Muhalla, VI/70]. Sedangkan Ibnu Hazm telah pun membetulkan (ralat) penilaiannya dan mengakui bahawa Jarir bin Hazim adalah perawi hadis yang sahih. [Ibnu Hazm, Al-Muhalla, VI/74]
Kesimpulannya, zakat pendapatan adalah tidak wajib di dalam Islam kerana dalil-dalilnya adalah sangat lemah. Wang hasil pendapatan (gaji) adalah tidak sah untuk dikeluarkan zakat ketika ia menerima gaji tersebut. Sebaliknya wang lebihan daripada pendapatan tersebut perlu digabungkan terlebih dahulu dengan wang yang sudah dimiliki sebelum ini (simpanan). Setelah cukup syarat jumlahnya iaitu mencapai nisab dan berlalu haul ke atasnya, maka barulah ia wajib untuk dikeluarkan zakat pada kadar 2.5%. [Ali as-Salus, Mausu’ah al-Qadhaya al-Fiqhiyah al-Mu’ashirah, hal. 523].
Wallahu a’lam
credit to : mykhilafah
kalkulator zakat pendapatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terkenang bayangan diri sendiri yang dulu
Assalamualaikum Hai gaiiis (acah2 sgt😋) Cik Misi terasa nak menulis di blog plk harini. Bila terkenang aq yg dulu bukanlah yg ...
-
Assalamualaikum Hai.. ✌🏻 Cik Misi rasa free sikit nak sharing mcm2 harini☺️ Ok sebelum tu moh ler review entry MYCPD ini ye ➡️ MYCP...
-
Assalamualaikum... Mari-mari peserta Giveaway Felinna Beauty by CikMisi... CikMisi nk umumkan pemenang ni... hasil tangkapan u...
-
Assalamualaikum CikMisi just nk share pasal MyCPD online nih... ni CikMisi khususkan utk penjawat awam yg berkhidmat under kementeria...
No comments:
Post a Comment