Zakat pendapatan dikenali dengan istilah zakah rawatib al-muwazhaffin (zakat gaji pekerja) atau zakah kasb al-‘amal wa al-mihan al-hurrah (zakat hasil pekerjaan). [Yusuf Al-Qaradhawi, Fiqh az-Zakah, I/497; Wahbah az-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, II/865; Ali as-Salus, Mausu’ah al-Qadhaya al-Fiqhiyah al-Mu’ashirah, hal. 522; Al-Yazid Ar-Radhi, Zakah Rawatib Al-Muwazhaffin, hal. 17]
Zakat pendapatan menurut penggagasnya didefinisikan sebagai zakat yang dikenakan ke atas setiap pekerjaan atau bidang profesional tertentu, baik yang dilakukan secara persendirian ataupun secara bersama (syarikat/perkongsian), yang mendatangkan hasil pendapatan sehingga memenuhi syarat kadar nisab seperti profesion kedoktoran, juru runding, dekan, arkitek dan sebagainya. [Didin Hafidhuddin, Panduan Praktik Tentang Zakat, Infaq, Sedekah, hal. 103; Zakat dalam Perekonomian Moden, hal. 95]
Menurut al-Qardhawi, nisab bagi zakat pendapatan adalah apabila ia mencapai nilai 85 gram emas (bersamaan 20 dinar emas) dan kadar zakat yang wajib dikeluarkan daripadanya adalah berjumlah 2.5%. Zakat pendapatan dikeluarkan terus apabila gaji diterima atau setelah dihitung untuk tempoh waktu tertentu. Contoh kiraan, jika seseorang mendapat gaji sebanyak RM5000 sebulan, maka dia boleh sama ada mengeluarkan zakatnya pada kadar 2.5% setiap bulan, atau menunaikannya sekaligus untuk bayaran setahun berjumlah 12 x 2.5% x RM5000. [Didin Hafidhuddin, ibid, hal. 104]
Landasan fiqh (at-takyif al-fiqhi) zakat pendapatan ini menurut Al-Qardhawi adalah berdasarkan perbuatan (af'al) sahabat yang mengeluarkan zakat untuk al-maal al-mustafaad (harta perolehan). Al-maal al-mustafaad adalah setiap harta baru yang diperoleh oleh seseorang Muslim melalui salah satu cara pemilikan yang disyariatkan seperti pewarisan, hibah (hadiah), upah pekerjaan (gaji) dan yang seumpama dengannya. Al-Qardhawi mengambil pendapat sebahagian sahabat (seperti Ibnu Abbas dan Ibnu Mas’ud) dan sebahagian tabi’in (seperti Az-Zuhri, Hasan Basri dan Makhul) yang mengeluarkan zakat dari al-maal al-mustafaad ketika saat harta tersebut diterima, tanpa mensyaratkan haul (dimiliki atau disimpan selama satu tahun qamariyah). Bahkan al-Qardhawi melemahkan hadis yang mewajibkan haul bagi harta zakat, iaitu hadis daripada Ali bin Abi Thalib r.a., bahawa Nabi SAW bersabda, “Tidak ada zakat pada harta sehinggalah berlalu ke atasnya haul” [HR Abu Dawud][Yusuf Al-Qaradhawi, ibid., I/491-502; Wahbah az-Zuhaili, ibid., II/866]
Menurut pentarjihan kami, zakat pendapatan tidak mempunyai dalil yang kuat yang boleh membuatkan hukumnya menjadi wajib. Hujah kami :
Pertama, dalil utama yang digunakan tentang zakat pendapatan adalah ijtihad sahabat mengenai al-maal al-mustafaad yang tidak mensyaratkan haul. Padahal ijtihad sahabat (mazhab al-sahabi) bukanlah dalil syariah yang kuat (mu’tabar). [Taqiyuddin an-Nabhani, al-Syakhsiyah al-Islamiyah, III/418]
Kedua, pendapat yang lebih kuat (rajih) mengenai al-maal al-mustafaad adalah pendapat jumhur ulama iaitu harta tersebut tidak wajib untuk dikeluarkan zakatnya sehinggalah memenuhi syarat berlalunya haul (dimiliki atau disimpan selama 12 bulan qamariyah). Inilah pendapat sahabat Abu Bakar, Umar, Utsman, dan Ali radiallahuanhum. Ini juga adalah pendapat Imam mazhab yang empat. [Al-Yazid Ar-Radhi, Zakah Rawatib Al-Muwazhaffin, hal.19; Wahbah az-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, II/866]
Ketiga, penilaian Al-Qardhawi yang mengatakan bahawa hadis tentang haul merupakan hadis lemah (dhaif) adalah tidak tepat. Al-Qardhawi sebenarnya mengikut pendapat Imam Ibnu Hazm yang melemahkan hadis haul daripada jalur periwayatan Ali bin Abi Thalib r.a, kerana dikatakan terdapat perawi bernama Jarir bin Hazim yang dianggap sebagai lemah. [Al-Qaradhawi, Fiqh az-Zakah, I/494; Ibnu Hazm, Al-Muhalla, VI/70]. Sedangkan Ibnu Hazm telah pun membetulkan (ralat) penilaiannya dan mengakui bahawa Jarir bin Hazim adalah perawi hadis yang sahih. [Ibnu Hazm, Al-Muhalla, VI/74]
Kesimpulannya, zakat pendapatan adalah tidak wajib di dalam Islam kerana dalil-dalilnya adalah sangat lemah. Wang hasil pendapatan (gaji) adalah tidak sah untuk dikeluarkan zakat ketika ia menerima gaji tersebut. Sebaliknya wang lebihan daripada pendapatan tersebut perlu digabungkan terlebih dahulu dengan wang yang sudah dimiliki sebelum ini (simpanan). Setelah cukup syarat jumlahnya iaitu mencapai nisab dan berlalu haul ke atasnya, maka barulah ia wajib untuk dikeluarkan zakat pada kadar 2.5%. [Ali as-Salus, Mausu’ah al-Qadhaya al-Fiqhiyah al-Mu’ashirah, hal. 523].
Wallahu a’lam
credit to : mykhilafah
kalkulator zakat pendapatan
Saturday, June 29, 2013
Friday, June 21, 2013
Preview BAJET PERKAHWINAN
Assalamualaikum
wahai bride to be.. Adakah anda melakukan ini?
haha.. ini kali lah...
terjojol bijik mata bila tengok bajet kahwin!
@_@
ouh...anyway, sapa2 yg nk tau tips2 persediaan kahwin dari CikMisi, tunggu ye..
nnt CikMisi update..busy banyak la sekarang..heehee
btw, ni bajet yang x berjimat langsung..main sedap je taram..hehe
***
BAHAYA Produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia
Assalamualaikum
CikMisi rasa ramai lg yang masih x tau kan tentang hal ni.
kita wajib ambik tau tentang hal ni..
tambah2 bagi sapa2 yang suka sgt try bermcm2 produk kecantikan..
be careful ok. sekarang ni terlalu bnyk produk2 kecantikan yang mengandungi bahan kimia.
sebelum kita nk guna, kita tengok dlu review2 dari org ramai.
& yang paling penting, cek dlu ada x no lulusan KKM.
pic di bawah ni CikMisi printscreen dari web BPFK (Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan)
klik SINI utk terus ke web tersebut.
ok. sekarang anda2 sila p cek produk kecantikan yg anda guna.
klu ada bhn kimia, sila stop sebelum diri anda merana..
sekian, harap maklum..
pesanan ikhlas dari CikMisi.. =)
guna lah Felinna Beauty ;)
***
Thursday, June 20, 2013
2013~ Gaji naik 2 kali!!!
Assalamualaikum
CikMisi suka sgt klu nk share berita2 gembira ni..
hehe
utk kakitangan awam, tahun 2013 ni, kenaikan gaji tahunan adalah sebanyak 2 kali...
Kenaikan gaji tahunan biasa (KGT) : April, Januari, Julai, Oktober (2013)
Kenaikan Gaji Tahunan Khas : 1 Julai 2013
Kenaikan gaji tahunan biasa (KGT) : April, Januari, Julai, Oktober (2014)
eheem... untungnya kita2 yg keja kerajaan ni..hihi
bg yg nk tgk pekeliling utk kenaikan gaji ni blh klik link di bawah.
![]() |
i'm proud to be a nurse....hehe... |
***
[Review] HiSHOP.my Beauty & Cosmetic Online Store
Assalamualaikum
ptg ni CikMisi mcm rajin sikit nk review barang yg CikMisi beli...
ok.. mesti ramai yg dah tau kan kedai online HiSHOP?
sapa yg x tau HiSHOP merupakan online beauty & cosmetic store di Malaysia ni.
haa...u all nk brg pe? semua ada la...
yang istimewanya FREE NATIONWIDE DELIVERY bg sape2 yg shopping RM50 dan ke ats..
haa...untung kan....
then, sapa yg jadi ahli, dengan setiap pembelian kita akan dpt reward point..
RM1 - 1 point
lps dh dpt produk, kita comfirmkan order dapat lg 10 point..
then, buat review plk pasal produk tu dapat lg 100 point..
haa.. untung kan...
bg yang nak tau dgn lbh lanjut blh klik SINI.
semua teka-teki anda akan terungkai di situ.. =)
btw, berbalik kpd cerita asal...
CikMisi sbenarnya mencari produk FARMASI.
xtau la kat mana dijualnya..
CikMisi pun belek2 la HiSHOP, sekali ada plk jual...
apa lagi, terus la CikMisi order 3 produk sekali gus..haha
hari ni order, lusa dh sampai Sabah.
oouuh cepatnya! GOOD SERVICE!!
packaging yang sangat cantik! |
Antara barang2 yg dikaut... hehe |
Farmasi BB Cream (50 ml) - Light 01 |
Farmasi Silky Touch Compact Powder 07 (14g) |
Farmasi Maxi Rouge Lipstick 05 |
dh la order 3 produk FARMASI, dapat pulak 3 sample freegift...
untung kan beli dgn HiSHOP ni...
nnt boleh beli lg.. hihi
Shangpree Crystal BB Cream & Olive Virgin Cleansing Oil (Sample) Nature & Co Vital Purity Lift Mask (Sample) Farmasi Day Cream for Normal Skin (Sample)~dh guna pun~ |
ok.. cukup la kan review dari CikMisi..
btw, sape yg nak melawat HiSHOP boleh ke link2 di bawah...
***
FIRNI 3 Layer ala Fareeda Batch 1
Assalamualaikum
Puasa dh nak dekat, maka nya raya pun dh nk dekat kan...
hehe
CikMisi ada jual tudung FIRNI 3 layer...
ala2 Fareeda gituu...
material : chiffon
size : M
HARGA : RM70 RM55 *FREE POSTAGE*
nak COD pun boleh tapi bg yg tinggal area HOSPITAL LIKAS, KOTA KINABALU SHJ :)
memang cun2 la sgt klu sape2 pakai pon...
pastu kaler mungkin lain 10% dari gambar due to lighting camera =)
so, sapa2 yg berkenan, senang je.. blh SMS kod ke no 0135400336..then, cikmisi akan cek stok & bg no akaun bank utk uooollls bankin...
-klu CikMisi lmbt reply, maybe cikmisi tgh keja xpun tgh ZZzzzZ... heheehe
cepat2 tau sbb stok mmg limited edition lah!
FIRNI 0001 |
FIRNI 0002 |
FIRNI 0003 |
FIRNI 0004 |
FIRNI 0005 |
FIRNI 0006 |
FIRNI 0007 |
FIRNI 0008 |
FIRNI 0009 |
FIRNI 0010 |
FIRNI 0011 |
FIRNI 0012 |
FIRNI 0013 |
FIRNI 0014 |
FIRNI 0015 |
FIRNI 0016 |
FIRNI 0017 |
FIRNI 0018 |
FIRNI 0019 |
FIRNI 0020 |
Friday, June 7, 2013
Anak blogger Irine Nadia!
Assalamualaikum
CikMisi just nk share picture anak blogger Irine Nadia!
dah selamat pun melahirkan seorang puteri pada pukul 2.46pm @ 6.6.13/27Rejab1434.
comel kan mcm ibu & ayah dia..hehe
btw, CikMisi share dari twitter Irine Nadia :)
thanx sudi melawat blog picisan ini!
***
Subscribe to:
Posts (Atom)
Terkenang bayangan diri sendiri yang dulu
Assalamualaikum Hai gaiiis (acah2 sgt😋) Cik Misi terasa nak menulis di blog plk harini. Bila terkenang aq yg dulu bukanlah yg ...

-
Assalamualaikum Hai.. ✌🏻 Cik Misi rasa free sikit nak sharing mcm2 harini☺️ Ok sebelum tu moh ler review entry MYCPD ini ye ➡️ MYCP...
-
Assalamualaikum... Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni CikMisi nak melancarkan GIVEAWAY FELINNA BEAUTY by CikMisi utk ...
-
Assalamualaikum... Mari-mari peserta Giveaway Felinna Beauty by CikMisi... CikMisi nk umumkan pemenang ni... hasil tangkapan u...