Saturday, June 18, 2011

PTPTN akan henti pinjaman pelajar catat PNGK bawah 2.0

2011/06/17

SUNGAI PETANI: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menghentikan pinjaman pelajar yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0 ke bawah.

Anggota Lembaga Pengarahnya, Datuk Tajul Urus Md Zain, berkata tindakan itu bagi memastikan pelajar yang komited dengan pelajaran sahaja diberikan pinjaman.
"PTPTN tidak akan berkompromi dengan pelajar yang tidak mencapai keputusan memuaskan dan yang mendapat PNGK di bawah 2.0 secara automatik dihentikan pinjaman mereka," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan waran pinjaman kepada pelajar yang berjaya memasuki Institut Pengajian Tinggi di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim hari ini.

Pada majlis itu, seramai 432 pelajar dalam kawasan Parlimen Merbok menerima waran pinjaman sebanyak RM1,500 setiap orang.

Sehubungan itu, Tajul Urus menasihati pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan ibu bapa dan kerajaan yang memberi pinjaman bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian.

"Wang PTPTN adalah duit rakyat...maka kita terpaksa membuat satu keputusan walaupun pahit untuk diterima," katanya sambil mengingatkan pelajar menggunakan wang itu secara berhemah. - BERNAMA



2 comments:

mama aini said...

mama setuju cik misi..pinjaman patut diberi kpd mereka yg betul2 nak belajar n terdiri dari orang2 yg tidak berkemampuan...n ini saja cara nak ajar kat mereka yg main2 masa belajar..ada org yg lbh memerlukan wang tersebut..

Cik Misi said...

@MaMa AiNi betul tu mama.... klu xda syarat mcm ni pljr msti anggap remeh je...

Terkenang bayangan diri sendiri yang dulu

Assalamualaikum Hai gaiiis (acah2 sgt😋) Cik Misi terasa nak menulis di blog plk harini. Bila terkenang aq yg dulu bukanlah yg ...