Saturday, June 18, 2011

Kemaluan dijangkiti kuman akibat kecuaian pihak hospital..

KUALA LUMPUR: Seorang wanita terpaksa menderita berikutan kemaluannya dijangkiti kuman, didakwa akibat kecuaian pihak hospital tertinggal kain pencuci di dalam anggota sulitnya selepas bersalin anak sulung pada 19 Mei lalu.

Wanita itu yang melahirkan anak sulung lelaki di sebuah hospital di Selangor pada mulanya tidak berasa apa-apa perubahan malah turut dibenarkan keluar selepas dua hari berada di wad.

Bagaimanapun, selepas pulang dia berasa sakit di kemaluan malah air kencingnya turut berbau busuk menyebabkan mangsa mengesyaki sesuatu.

Suaminya, Kamaruddin Mohamad Ali, 29, berkata, isterinya mengadu sakit di bahagian itu, namun pada mulanya dia menyangka perkara itu normal kerana baru bersalin.

CUAI...Kamaruddin menunjukkan laporan polis dan kain pencuci yang dikeluarkan dari kemaluan isterinya.

Menurutnya, dia menghantar isterinya pulang ke kampung di Pulau Pinang pada 24 Mei lalu supaya dijaga keluarganya.


..................

2 comments:

mama aini said...

sebelum ni ada 1 kejadian juga kat selangor..apsal dia tak sebut nama hospital tu ek !!..cik misi bila kerja nanti hati2 tau..memanglah manusia tak lepas dr melakukan kesilapam..tapi bolih merbahayakan nyawa..smile cik misi!!!..he2x..

Cik Misi said...

@MaMa AiNi berita lnjut ada di paper rasanya...hehe... InsyaAllah mama..CikMisi akn cuba yg terbaek..=)

Terkenang bayangan diri sendiri yang dulu

Assalamualaikum Hai gaiiis (acah2 sgt😋) Cik Misi terasa nak menulis di blog plk harini. Bila terkenang aq yg dulu bukanlah yg ...