Monday, November 5, 2018

Daftar SSPN Online PERCUMA RM500 !!

Assalamualaikum

hai hai...
CikMisi nak kongsi satu news yang masih ramai rakyat malaysia xtau.
YES majoriti xtau pasal SSPN :(

APA ITU SSPN?

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang menggunakan konsep "Wakalah Bil Istithmar" di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.
Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minimum sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.
Dengan erti kata lain, sesiapa yg nk minta PTPTN nanti wajib ada akaun SSPN ni haaa...
Penting kan.... So ibu bapa yang mempunyai anak, anak yang cukup umur 7 tahun je terus p daftar ni. Untuk masa depan anak kita jugak ni. :)

MACAM MANA NAK BUKA AKAUN SSPN ?
Ok, ada 2 cara.
First online. Web : Register SSPN ONLINE 
Second boleh walk in melalui Maybank, Bank Islam, Agrobank, Bank Rakyat & RHB Bank :)
DAN SEBENARNYA CIK MISI NAK WAR WAR KAN JIKA ANDA DAFTAR SEBELUM 31 DISEMBER NI DENGAN DEPOSIT RM500, ANDA AKAN DAPAT LAGI RM500 PERCUMA!!!! YAA PERCUMA!!! SYARAT2 DIA MCM KAT BAWAH NI :

Cepat sebelum terlambat gaiiis... bukan senang tau nak dpt RM500 tuu haa... 
OK. 
Bye Bye .

No comments:

Terkenang bayangan diri sendiri yang dulu

Assalamualaikum Hai gaiiis (acah2 sgt😋) Cik Misi terasa nak menulis di blog plk harini. Bila terkenang aq yg dulu bukanlah yg ...