Showing posts with label ptptn. Show all posts
Showing posts with label ptptn. Show all posts

Monday, November 5, 2018

Daftar SSPN Online PERCUMA RM500 !!

Assalamualaikum

hai hai...
CikMisi nak kongsi satu news yang masih ramai rakyat malaysia xtau.
YES majoriti xtau pasal SSPN :(

APA ITU SSPN?

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang menggunakan konsep "Wakalah Bil Istithmar" di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.
Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minimum sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.
Dengan erti kata lain, sesiapa yg nk minta PTPTN nanti wajib ada akaun SSPN ni haaa...
Penting kan.... So ibu bapa yang mempunyai anak, anak yang cukup umur 7 tahun je terus p daftar ni. Untuk masa depan anak kita jugak ni. :)

MACAM MANA NAK BUKA AKAUN SSPN ?
Ok, ada 2 cara.
First online. Web : Register SSPN ONLINE 
Second boleh walk in melalui Maybank, Bank Islam, Agrobank, Bank Rakyat & RHB Bank :)
DAN SEBENARNYA CIK MISI NAK WAR WAR KAN JIKA ANDA DAFTAR SEBELUM 31 DISEMBER NI DENGAN DEPOSIT RM500, ANDA AKAN DAPAT LAGI RM500 PERCUMA!!!! YAA PERCUMA!!! SYARAT2 DIA MCM KAT BAWAH NI :

Cepat sebelum terlambat gaiiis... bukan senang tau nak dpt RM500 tuu haa... 
OK. 
Bye Bye .

Saturday, January 5, 2013

PTPTN BAGI DISKAUN 20%!!

Assalamualaikum..

selamat pagi :)

sapa ada pinjam dgn PTPTN angkat hidung cepat!!!!!!!!!!
ok, stop..


dh pinjam sila bayaq sekarang sebab PTPTN ada bagi diskaun 20%..
tapi...tapi...tapi...
bagi yg nk settle abeh la...
kalau yg bayaq cikit2 pun ada diskaun jugak tau.. 10% kot..
try p tnya kaunter2 byran ptptn..

moral of the story jgn tangguh2kan hutang ni..
hidup x tenang nnt..
nkp Mekah pun nnt kena sekat...haaa... tak takut?


sekian.. =.='






Saturday, June 18, 2011

Pengeluaran Simpanan/Penutupan Akaun SSPN

Assalamualaikum..
INFO : Cara nak keluarkan simpanan SSPN / penutupan akaun SSPN..

1) kena g amik borang penutupan akaun kt Bank Islam/BSN

2) rujuk SINI

sekian=)

................


Cara - cara menyemak baki akaun SSPN a.k.a. print slip sspn

Assalamualaikum...

cikmisi nk share 1 info...bg sapa yg nk tau sila teruskan membaca, bg sapa yg xmau tau sila klik button close anda =)
cara dia senang saja....

step 1:
just p kat www.ptptn.gov.my
(klik gambar utk lebih clear)

step 2:
nampak tak yg cikmisi bulat wana merah uh? dia tulih e-sspn... klik situ...
then, naik la camni....
masukkan no akaun sspn anda pastu klik hantar
&
keluaq la benda alah ni......

ciap dh........

..............

PTPTN akan henti pinjaman pelajar catat PNGK bawah 2.0

2011/06/17

SUNGAI PETANI: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menghentikan pinjaman pelajar yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0 ke bawah.

Anggota Lembaga Pengarahnya, Datuk Tajul Urus Md Zain, berkata tindakan itu bagi memastikan pelajar yang komited dengan pelajaran sahaja diberikan pinjaman.
"PTPTN tidak akan berkompromi dengan pelajar yang tidak mencapai keputusan memuaskan dan yang mendapat PNGK di bawah 2.0 secara automatik dihentikan pinjaman mereka," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan waran pinjaman kepada pelajar yang berjaya memasuki Institut Pengajian Tinggi di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim hari ini.

Pada majlis itu, seramai 432 pelajar dalam kawasan Parlimen Merbok menerima waran pinjaman sebanyak RM1,500 setiap orang.

Sehubungan itu, Tajul Urus menasihati pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan ibu bapa dan kerajaan yang memberi pinjaman bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian.

"Wang PTPTN adalah duit rakyat...maka kita terpaksa membuat satu keputusan walaupun pahit untuk diterima," katanya sambil mengingatkan pelajar menggunakan wang itu secara berhemah. - BERNAMA



Thursday, May 12, 2011

Kemaskini Maklumat Bagi Permohonan Penukaran Pinjaman (3%) kepada Pembiayaan Ujrah (1%)


Assalamualaikum..

anda suma dah kemaskini Maklumat Bagi Permohonan Penukaran Pinjaman (3%) kepada Pembiayaan Ujrah (1%) ??
jika belum segerakan tanggungjawab anda.....

klik SINI

......

Terkenang bayangan diri sendiri yang dulu

Assalamualaikum Hai gaiiis (acah2 sgt😋) Cik Misi terasa nak menulis di blog plk harini. Bila terkenang aq yg dulu bukanlah yg ...